Jawatan kosong-kerja kosong-jawatan kosong kerajaan-jobs malaysia-jawatan kosong terkini-jawatan kosong 2014-jawatan kosong di jabatan kerajaan-kerja kosong kerajaan-jawatan kosong terbaru-vacancy-tnb-part time jobs-jawatan kosong kerajaan 2014-jawatan kosong spa-kastam-kemas-iklan jawatan kosong-kerja part time-kerja kosong 2014-kerja sambilan-jobs in malaysia-job vacancy-part time-pos malaysia-jawatan kosong kerajaan terkini-kerja-uitm-career malaysia-kerja kosong online-polis-felda
Carian Jobs Malaysia
Thursday, 1 May 2014
JobsMalaysia Facebook
~About~
Portal JobsMalaysia memberi perkhidmatan penjodohan pekerjaan percuma kepada semua majikan dan pencari kerja di seluruh Malaysia.
~Mission~
Meningkatkan mobilisasi tenaga kerja negara dan untuk memastikan penggunaan tenaga kerja secara optimum melalui penjodohan pencari kerja dan kekosongan jawatan yang lebih sistematik.Menjadi pusat maklumat pasaran buruh yang boleh dicapai oleh orang ramai samada dari dalam atau luar negeri termasuk para pelajar Malaysia di luar negeri dan pelabur asing.
Sistem ini memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian. Majikan pula boleh mendapatkan calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka. Menerusi sistem ini juga, pencari kerja boleh membuat permohonan pekerjaan dan majikan boleh menguruskan permohonan pekerjaan yang diterima. Semua kemudahan yang disediakan ini tidak dikenakan sebarang bayaran.
NEWS
102,769 berjaya dapat pekerjaan melalui JMC
25/03/2010
CYBERJAYA 25 Mac - Seramai 102,769 orang berjaya mendapatkan pekerjaan bagi tempoh 1 Januari 2009 hingga 18 Mac tahun ini melalui JObs Malaysia Center (JMC), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa melancarkan serentak 12 JMC seluruh negara di sini hari ini. - Utusan Malaysia
Majikan Perlu Tawar Gaji Menarik Kepada Rakyat Malaysia
25 Mac, 2010
CYBERJAYA, 25 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mahu para majikan mempertimbangkan untuk menawarkan gaji yang menarik dan berpatutan kepada pekerja rakyat tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
Perdana Menteri berkata langkah itu berikutan terdapat aduan yang diterima bahawa tahap gaji yang ditawarkan kepada pekerja tempatan tidak begitu menarik.
"Jika boleh dipertimbangkan, harap tangga gaji terutama sekali tangga gaji permulaan (menarik) dan memberi insentif serta tangga gaji yang sesuai untuk rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan.
"Jika beri gaji rendah, akhirnya tidak ada tawaran dan (ini) akan mendesak kerajaan meluluskan pekerja asing," katanya ketika sidang video dengan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, yang berada di Pusat JobsMalaysia Danga Bay Johor Baharu.
Terdahulu, Perdana Menteri merasmikan secara serentak 11 JMC di seluruh negara di JobsMalaysia Cyberjaya di sini, pada Khamis. Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam.
JMC yang merupakan cetusan idea Najib, bertujuan membantu rakyat mendapatkan pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.
Perdana Menteri berkata jika langkah itu tidak dilakukan, tangga gaji akan sentiasa berada di tahap yang rendah dan justeru itu, para majikan perlu berlaku adil kepada pekerja rakyat tempatan.
Beliau berkata penubuhan Pusat JobsMalaysia sebagai tanda keprihatinan kerajaan untuk terus memperjuangkan untung nasib mereka yang tidak mendapat pekerjaan.
"Langkah ini juga sekaligus akan dapat mengurangkan masalah pengangguran dalam negara," katanya.
Najib juga berharap agar mereka yang bekerja di kawasan Iskandar Malaysia di Johor Baharu, yang bakal berkembang dengan amat pesat, adalah sebahagian besarnya merupakan rakyat Malaysia.
"Saya harap ia (Iskandar Malaysia) menjadi satu tempat contoh yang terbaik bukan sahaja daripada segi tempat menarik para pelabur tetapi juga daripada segi kepentingan rakyat Malaysia," katanya.
Sementara itu, Abdul Ghani berkata pada hari ini sahaja, seramai 35 majikan menawarkan 700 pekerjaan di peringkat lulusan universiti dan lebih 1,000 pekerjaan bagi lepasan sekolah di Pusat JobsMalaysia Danga Bay Johor Bahru.
Katanya sejak portal JobsMalaysia diwujudkan pada tahun lepas, seramai 2,800 orang telah mendaftarkan diri mereka di JobsMalaysia Johor Bahru.
"Kita akan beri peluang lebih dekat lagi dari segi sentuhan peribadi untuk membawa bersama semua lapisan rakyat yang mencari pekerjaan dan dipadankan dengan pencari pekerja iaitu majikan.
"Memang satu pendekatan yang berkesan kerana dapat menggabungkan portal JobsMalaysia dengan JMC seperti yang telah dilancarkan hari ini," katanya.
-- BERNAMA
Penubuhan JMC Mesej Jelas Kerajaan Utamakan Kepentingan Rakyat - Najib
25 Mac, 2010
CYBERJAYA, 25 Mac (Bernama) -- Penubuhan Pusat JobsMalaysia (JMC) merupakan satu mesej jelas bahawa kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Ia bukan hanya slogan dan retorik sebaliknya dibuktikan dengan tindakan sebenar dalam tempoh yang singkat," kata Najib semasa berucap merasmikan 11 JMC secara serentak di seluruh negara pada Khamis.
Najib berkata seramai 102,769 orang berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh 15 bulan dari 1 Jan 2009 hingga 18 Mac 2010 menerusi JMC.
Perdana Menteri berkata jumlah itu ialah daripada 387,210 pencari kerja dan dan 159,968 kekosongan jawatan yang didaftarkan dengan JMC dalam tempoh tersebut.
"Saya yakin dan percaya bahawa agensi kerajaan, majikan swasta dan seluruh rakyat akan dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan JMC dan portal JobsMalaysia sebagai salah satu hab utama mendapatkan pekerjaan di dalam negara," katanya.
Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam.
Kementerian Sumber Manusia telah menubuhkan 11 JMC di seluruh negara iaitu di Cyberjaya, Pelabuhan Klang, Kelana Jaya, Danga Bay Johor Baharu, Segamat, Sungai Petani, Kota Baharu, Ipoh, Georgetown, Kuching dan Kota Kinabalu.
Penubuhan JMC yang menggunakan peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi bertujuan untuk melengkapkan infrastruktur portal JobsMalaysia. Pusat itu menggunakan pendekatan "sentuhan kemanusiaan" dan menjadikan portal JobsMalaysia sebagai "enabler".
JMC berfungsi, antaranya menyediakan perkhidmatan dan kemudahan penjodohan kerja secara online, mengendalikan proses temuduga dan mewujudkan hubungan dengan majikan bagi menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.
Perdana Menteri berkata bagi mengurangkan impak kegawatan ekonomi, kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 1 dan 2 telah berjaya meminimumkan pekerja yang diberhentikan kepada 46,860 orang berbanding jangkaan seramai 200,000 pekerja.
Najib berkata kejayaan itu, antaranya melalui tiga program utama Kementerian Sumber Manusia iaitu menerusi penubuhan Bilik Gerakan Pemantauan di kementerian dan 80 Bilik Gerakan Pemantauan Pemberhentian di pejabat-pejabat Tenaga Kerja seluruh negara.
Selain itu, katanya, melalui Program Penempatan Pekerjaan, seramai 22,443 pekerja tempatan dapat ditempatkan semula ke pelbagai sektor pekerjaan di seluruh negara.
"Kerajaan turut melaksanakan program "latihan dan penempatan" bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehkerjaan. Seramai 39,035 peserta telah mendaftar untuk mengikuti kursus dalam 82 bidang kemahiran membabitkan 17 sektor industri.
"Daripada jumlah itu, sehingga hari ini, seramai 20,610 pekerja telah berjaya ditempatkan dalam pasaran pekerjaan dan ia akan terus bertambah apabila program ini selesai," katanya.
Selaras dengan gagasan 1Malaysia bagi meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat, Perdana Menteri berkata Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan empat program tambahan.
Najib berkata program berkenaan ialah dengan menyediakan 99 JobsMalaysia Point di seluruh negara bagi membolehkan rakyat mendapatkan perkhidmatan sama seperti JMC.
Melalui program Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), beliau berkata kerajaan menyediakan pekerjaan kepada rakyat untuk mengatasi kemiskinan bandar di mana program itu dilaksanakan di kawasan PPRT.
Bagi tahun lepas, sebanyak 10 program telah dijalankan iaitu tiga di Pulau Pinang, masing-masing dua program di Selangor dan Perak, dan satu masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Pahang. Seramai 167 siswazah dan 714 bukan siswazah telah berjaya mendapatkan pekerjaan, katanya.
Perdana Menteri berkata kerajaan turut membantu golongan miskin tegar yang berdaftar dalam e-Kasih untuk mendaftarkan mereka dalam JobsMalaysia bagi mendapatkan pekerjaan.
"Bagi memastikan tiada rakyat Malaysia yang boleh bekerja tetapi tidak mendapat peluang pekerjaan, kementerian mengambil inisiatif mengesan dan mendekati golongan tidak berumah dan tidak mempunyai pekerjaan melalui program Penempatan Pekerjaan Secara Langsung.
"Kementerian bersama majikan telah turun padang dan menjalankan projek perintis di Kuala Lumpur iaitu di tempat-tempat tumpuan mereka yang tidak memiliki rumah seperti di sekitar Puduraya, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Masjid India.
"Lapan program telah dilaksanakan sebanyak dua kali seminggu di mana seramai 146 orang telah didaftarkan dan 32 orang telah dibantu mendapatkan pekerjaan," katanya.
Perdana Menteri berkata kerajaan amat komited membantu pencari kerja dengan menyediakan infrastruktur canggih seperti JMC, namun mereka mestilah berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran yang bersesuaian dengan kehendak pasaran pekerjaan, peredaran masa dan perubahan persekitaran.
-- BERNAMA
Kementerian Sumber Manusia Bantu 31,737 Dapat Pekerjaan
25 Mac, 2010
CYBERJAYA, 25 Mac (Bernama) - Kementerian Sumber Manusia berjaya mendapatkan pekerjaan untuk 31,737 pencari kerja tempatan sepanjang tahun lepas melalui program penempatan pekerjaannya, kata menteri berkenaan, Datuk Dr S.Subramaniam pada Khamis.
Bercakap pada majlis perasmian Pusat JobsMalaysia (JMC) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, beliau berkata kementerian kini melaksanakan program tersebut secara terus ke tempat-tempat yang telah dikenal pasti mempunyai sumber tenaga kerja seperti di sekitar kawasan perindustrian dan kawasan penempatan golongan berpendapatan rendah.
"Pendekatan ini dibuat bagi memberikan kemudahan kepada rakyat untuk mendapat pekerjaan," katanya.
Mengenai JMC, beliau berkata sejak penubuhannya secara berperingkat mulai 31 Dis 2009, seramai 6,958 pencari kerja rakyat tempatan telah mendaftar.
Bagi tempoh yang sama, sejumlah 615 majikan telah mendaftarkan 16,877 kekosongan jawatan.
Penubuhan JMC adalah cetusan idea Najib yang diumumkan semasa Perdana Menteri membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua pada 1 Jun 2009.
"JMC merupakan pelengkap kepada perkhidmatan portal JobsMalaysia," kata Subramaniam.
Ia menyediakan akses kepada golongan pencari kerja untuk mengenal pasti peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan. Kementerian telah mengenal pasti 11 lokasi strategik yang dipilih.
Subramaniam berkata untuk memastikan keberkesanan JMC, Kementerian Sumber Manusia menempatkan tiga hingga tujuh orang pegawai Jabatan Tenaga Kerja untuk mengendalikannya.
-- BERNAMA
Anis Adibah bila nak wak cam ni lagi..?
Iwan B Ahmad Iwan yeka tapi mcm mna dgn org oku,termasuk jgk ka
Muhamad Kelate ye saya nk thu kenapo oku d ketepi kan???oku bukan semua gagal.. yg ada kelayakan tetapi x dpt cm ne???sy terkrjut la org kerja d jkm layan org oku cm ne?? saya harap pihak berkenaan jgn pandang sebelah mata berkenaan orng kurang upaya......
EVENTS
Program Mini Karnival Pekerjaan dianjurkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Bangi
Pejabat Tenaga Kerja Bangi
10:00am
29 people are going
MAR
31
PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN AZAM KERJA
Tingkat 2, Metro Point Complex, Kajang, Selangor in Kajang, Selangor Darul Ehsan
10:00am
7 people are going
MAR
11
TEMUDUGA TERBUKA JTK ALOR SETAR BERSAMA MAJIKAN KOLEJ UNITI PORT DICKSON
Bilik Temuduga ,Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kedah, Aras 5, Zon A, Wisma Persekutuan, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 06650 Bandar Muadzam Shah, Kedah Darul Aman
7:00am
3 people are going
MAR
10
Program Temuduga Terbuka
Pusat JobsMalaysia Kelana Jaya in Petaling Jaya, Malaysia
10:00am
10 people are going
MAR
08
Temuduga Terbuka oleh Padini Holdings
Pusat JobsMalaysia Kelana Jaya, No 2, Jalan SS5B/2, SS 5,Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
10:00am
2 people are going
MAR
01
Temuduga terbuka Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi (N17) Kontrak
Pejabat Tenaga Kerja Subang Jaya (Upp Shah Alam)
9:00am
34 people are going
FEB
23
Temuduga Terbuka di Pejabat Pusat Jobsmalaysia (JMC ) Kelana Jaya
Pusat JobsMalaysia Kelana Jaya, No 2, Jalan SS5B/2, SS 5,Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
10:00am
8 people are going
NOV
19
Program Temuduga Terbuka
Pejabat Tenaga Kerja Bangi in 43650 BANDAR BARU BANGI,SELANGOR
9:00am
3 people are going
NOV
08
Program Temuduga Terbuka (Kendek Product Sdn. Bhd.)
Pejabat Tenaga Kerja Bangi in 43650 Bandar Baru Bangi
10:00am
3 people are going
OCT
28
Program Temuduga Terbuka
Pejabat Tenaga Kerja Bangi in 43650 Bandar Baru Bangi,Selangor
9:00am
3 people are going
AUG
16
Program Temuduga Terbuka (PeroDua Sales Sdn. Bhd.)
Pejabat Tenaga Kerja Bangi
10:30am
4 people are going
AUG
08
Program Temuduga Terbuka (Koperasi Dewan Bahasa & Pustaka Malaysia Bhd)
Pejabat Tenaga Kerja Bangi in 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
10:00am
2 people are going
AUG
08
Program Temuduga Terbuka
Pejabat Tenaga Kerja Bangi in Bandar Baru Bangi,43650 Selangor
9:00am
2 people are going
JUL
23
Program Penempatan Pekerjaan (3P)
Ruang Legar ,Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya in Jalan SS6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
10:00am
14 people are going
JUL
23
Karnival Kerjaya Sempena Fiesta Belia 1 Malaysia
Hall A, MAEPS Serdang Selangor.
9:00am
10 people are going
JUN
28
Temuduga Terbuka
Pejabat Tenaga Kerja Bangi (Berhampiran Tabung Haji)
10:00am
7 people are going
JUN
20
TEMUDUGA TERBUKA PENGAMBILAN PELAJAR- SIME DARBY
PEJABAT TENAGA KERJA BANGI
10:00am
41 people are going
MAY
27
Karnival Kerjaya sempena Perhimpunan Sejuta Belia
Bangunan Komersil, Lot 4C11, Presint 4, Putrajaya. ( Bersebelahan Menara Kementerian Belia dan Sukan ) GPS Koordinat . 2.912739,101.684271
9:00am
11 people are going
MAY
23
Program Temuduga Terbuka- Jabatan Perangkaan Malaysia (Selangor)
Pejabat Tenaga Kerja Bangi
9:00am
14 people are going
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment